meh click2 sini!

Sahabat, tenanglah.



Salam,


Rasa dah lama tak update blog. Saya sangat busy. Harap maaf pada pengikut tegar blog saya. (ada ke? -_-"). Baru-baru ni, timbul atau ada satu isu yang menarik perhatian saya untuk menulis post kali ni. Ingat tak post saya, Saya benci orang ketiga? Ya, sampai sekarang, peristiwa lama, tak pernah hilang dari fikiran saya.

Baru-baru ni pula, sahabat saya, mengalami peristiwa yang sama dengan saya. Sedih memang sedih, lagi-lagi bila pasangannya pula yang memulakan perhubungan tetapi memutuskan begitu saja. Dalam tengah happy, tak gaduh, tetibe memutuskan hubungan, dengan cara silent. Dayus.

Bagi saya, yang pernah mengalami situasi seumpama sahabat saya ini, umpama 'cermin' kepada diri saya. 'Cermin' di mana, saya melihat sendiri 'saya' ketika saya meroyan tahun lepas. Memang sedih, saya sendiri sedih, tak sangka hal ini berlaku pada sahabat saya.

Saya hanya mampu menasihatkan, tapi siapalah saya, sedangkan waktu saya meroyan dulu, lagi teruk meroyan, macam-macam air jampi saya minum, nasihat, jumpa ustaz, kaunselor, tapi? saya tak mudah mengalah. Saya langkah kehidupan saya secara ansur-ansur.

Pada sahabat saya, saya doakan setiap kali saya lepas solat, "tenangkanlah hati sahabatku itu, berilah ketabahan pada dia." sebab saya tahu, saya tahu bagaimana rasa mencucuk-cuck hati ini bila orang yang dikasihi itu meninggalkan kita untuk orang lain.

Satu ayat yang saya selalu ingat sewaktu saya terlampau 'down', ini untuk mana-mana sahabat atau sesiapa yang membaca blog saya, ini kekuatan saya,


"Apabila AllaH S.W.T cepat makbulkan doamu, maka dia menyayangimu, apabila dia lambat makbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu, apabila dia tidak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekali pun. Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya."








p/s: Minda rasional, hati emosianal





2 comments:

tiqah said...

aku pinjam ayat tu. kawan aku pun tgh down pasl org ketiga. tak nak mkn, tak nak wt assignment. aku smpi tak tau nk nasihat mcm mner dah.

Lady Leaya said...

ermmmm....

Post a Comment

 
Powered by Blogger