Tropicana Mall. Kenny Rogers.
Minggu lepas, cadangan untuk menyambut hari jadi lebih awal, tak jadi sebab saya sendiri tak tahu saya mahu apa untuk birthday saya kali ini dari my boyfee. So, saya ajak dia makan Keny Rogers je la disebabkan perut dah berbunyi-bunyi. Thanks sayang. :')
Untuk post kali ni pula, ada beberapa yang saya sangat suka dan memorable pada hari tersebut. Iaitu ayat GULA. ayat sweet-sweet gitu. Mungkin Allah dengar doa saya, saya hanya mahu yang bahagia dalam hidup saya. Tak mahu lagi nangis-nangis.
Jadi, masa tunggu air datang time ni, tiba-tiba,
Cik Rokh : Mata Alia kaler putihla. (sambil tenung mata saya dalam-dalam)
Me : Yela, habis mata kaler apa? bukan kaler putih ke? (sambil cuit2 muffin)
Cik Rokh : Cik Alia ni memang 'pandai' menerima pujian la. (sambil pandang tempat lain n merungut)
Me : (Gelak-gelak) La, puji ke....ingatkan cakap pasal mata je tadi. Yela, mata kan kaler putih.
Cik Rokh : Hurghh. Yela, mata bee kan selalu merah, mata sayang putih, cantik tau tak. (sambil wat muka marah)
Me : Hehehe. Ala sory la..hehehe..
Hahaha. Memang dah lama tak gini. Ingatkan gurau-gurau atau borak pasal mata. Rupanya dapat pujian. sebelum ni memang ada Cik Rokh cakap mata saya kaler putih, jawab dalam hati je, memanglah mata kaler putih, habis kaler pe. Huhuhu. Tiba-tiba, sambil jeling saya, cik Rokh cakap,
Cik Rokh : Alia nak dengar lagi satu pujian tak?
Me : Apa dia? (sambil gelak-gelak)
Cik Rokh : Nak tahu tak ayah Alia seorang pencuri.
Me : (Gelak-gelak kuat lagi) ha perli la tu sebab Alia tak pandai pasal puji-puji ni.
Cik Rokh : Yela, ayah Alia pencuri sebab dia curi bintang kat langit, pastu letak kat mata Alia, sebab tu mata Alia putih, bersinar-sinar. Cantikla. (sambil wat muka comel)
Me : (Speechless)
10 tahun bercinta, saya rasa tu ayat yang paling ikhlas beliau pernah ucapkan. Terharu sangat-sangat. Tak pernah rasa camtu. Tak pernah rasa speechless camtu. Huhu. Ok da, tak nak lebih-lebih, nanti makin ramai meluat nak baca blog ni. Hahaha. Nite. :)
mood kaler peach.
p/s: tulis post ni sambil dengar lagu Percaya padaku, by Ungu. :')







5 comments:
ya allah! indahnya!...sangat manis mcm gula2 la kamu dua neh...emmm sya xpenah pun ade org puji mcm tuh...hukhuk....xpe puji diri sendiri jela..gigi saya cantik...hehehehe
alor nor...malunya..*blushing*!!!..
huhu, ye, gigi nor memang cantikk, lagi2 senyum nmpk gigi, sem depan nk folow nor ikur g cuci giggi lagi..hehehehe
(^______________^) semoga berkekalan selamanya.....
tq nok...hehe..
pengsan! hahahaaa
Post a Comment