Sunday, January 31, 2010

i HATE tangga

Cerita by Lady Leaya at 2:10 PM
*gambar hiasan*

2010 starting again with "tangga". Rasa dah penat sangat nak mengadap tangga. Kenapa? Dulu dari dekat UiTM Perak lagi, aku kene menghadapi tangga yang bertingkat-tingkat... rasa penat sangat2.. Cerita dari dulu, studio atau kelas student Landscape Architecture mesti tingkat yang paling atas sekali. Kalau tingkat 5, tingkat 5 kelas kami. Bilik lecturer pun sama, tingkat 5, termengah-mengah aku angkat board yg berat tu sampai tingkat 5.


Kolej pun tingkat atas lagi.Lagi-lagi masa final sem dulu, tingkat atas sekali. Hujung sem termengah-mengah bawa turun barang, kalau ikutkan nak je baling dari atas sampai bawah...Rasa penat sangat2 dengan jalan kaki g kelas aku rasa jauh dekat setengah kilometer. Pagi-pagi dah nak merentas desa. Kalau barang tertinggal jangan cakaplah penatnya..


Masuk UiTM Shah Alam pulak, fakulti atas bukit..pergh..aku dah mengeluh habis. Ingat seronok ke duduk UiTM Shah Alam, kereta penuh, nak pergi menara pun kene naik bas sebab parking tade. Dah naik bas, bukan dia hantar sampai menara, kene panjat bukit n tangga yang dekat seratus anak tangga.


Fakulti pulak, jangan cakap, kalau parking kat belakang tu, nak pergi kelas kene naik tangga sebelum sampai fakulti, de lebih kurang 80 anak tangga, sampai atas, nak naik 1st floor ader lagi tangga, de lagi 2o lebih anak tangga, kelas pulak tingkat 5, de lagi berpuluh-puluh anak tangga. Tu kalau kelas kat Annex, kalau kat g studio, pun tingkat atas sekali. Tingkat 3 tak tinggi sangat banding ngan Perak dulu tingkat 4..


Aku ni dah la kurus, baru makan sikit, pergi kelas dah hilang lemak-lemak. Mana nak naik badan. Orang tanya kenapa aku kurus-kurus. Bukan aku tak makan. Naik tangga punya hal. Rasa penat sangat2. Belajar memang seronok, yang wat penat belajar aku rasa, kene naik tangga yang berpuluh-puluh..aku rasa ada cecah beratus.. Bila aku dah give up, satu-satu anak tangga aku kira sebab aku tak puas ati, mana akal orang yang design letak tangga beratus-ratus.


Tangga ang paling aku tak puas ati, die design 20 anak tangga terus tanpa de stop, memang tiap kali aku naik tangga tu, aku bebel2, mana akal orang yang buat tangga ni. Rasa nak tanggal kepala lutut aku. Manusia punya kaki ada limitnya.


Ni baru cerita pasal fakulti. Dapat rumah sewa lak tingkat 4, lagi jumpa tangga. Rasa malas, balik umah, pergi fakulti tu, hanya sebab tangga. Penat sangat2..habis kurus2 kaki aku...Penat la.


Ni baru betul-betul belajar hingga ke menara gading..memang betul-betul menara sepanjang yang aku belajar. Patut kenela consider, FSPU patut letak kat bawah bukan atas bukit, dahla nak bawa barang drawing banyak, dengan laptop lagi. Penat tak sudah, fakulti lain seme rata je. Walhal dowg bawa notes je.kadang-kadang datang kelas pun berlenggang..tak bawa apa pun.


Aku rasa nak suh je MPP baru letak dalam manifesto diorg suruh buat fakulti FSPU kat tempat lain. Aku rasa mustahil tapi tak mustahil kalau mencuba. Hate it so much.








p/s: masih bersyukur ada kaki, yang ada motor tak yah baca.

Saturday, January 30, 2010

Ada apa dengan NAMA?

Cerita by Lady Leaya at 12:22 AM
My name is Nur Alia Abdul Rashid


..................................www.ladyleaya.com..................................


*sigh* ada apa dengan nama? Kadang-kadang, bila dapat baby baru, macam-macam nama kita nak letak kan? Lagi-lagi zaman moden ni. Selagi nama yang panjang selagi tula nak letak. Kadang-kadang tu sampai xcukup ruang nak tulis kat surat beranak.


Bila tolong my mom wat keje, taip nama-nama murid tahun satu, mestilah generasi yang baru kan? nama dorg lagi bombastik org kata.. kalau leh nak letak 2 3 patah perkataan... selagi yang panjang, yang cantik, yang pelik, semua nak diletak.


Tapi kita tak perasan satu benda. Bagi orang Islam, ada apa dengan nama? kenapa kene de nama? Nama ni de kene mengena dengan hidup dan mati ke? (think...) Nama aku Nur Alia. Means, Cahaya Ketinggian. My parents yang bagi nama ni, simple xpanjang n xpendek.


Before ni aku de terbaca artikel kat majalah Wanita tak silap, bincang pasal topik nama. Kata beliau2 yang tulis artikel tu.. "..setiap nama yang kita beri, bermaksud kita mendoakan die setiap kali panggilan yang kita bagi..contoh: Farihah maksudnya kegembiraan. Jadi Setiap kali panggil nama Farihah, maka setiap abjad yang kita sebut secara tak langsung kita mendoakan kegembiraan kepada dia..."


Penting kan nama? Selain nama yang panjang, nama yang di singkatkan lak, yang tak beri pape maksud, juga tak beri pape makna atau org y sebut nama kita takkan mendoakan kita kalau nama kita disingkatkan,.


Contoh, my name, Alia, panggil Lia, Lia xde makna dalam Islam, so xdela org doakan "ketinggian" ku..huhu. Lebih elok kalau bagi nama anak dengan satu suku kata saja yang orang takleh pendek kan contoh Rayya, xleh panggil Ray, ya..pun pendek sgt...mudah kan?


Dulu ustazah aku pernah cakap, masa kat akhirat nanti kita akan dipanggil ikut nama, (bukan ikut abjad ek?*wink*).. Untuk perempuan yang akan dipanggil dulu orang yang nama bermula dengan Nur manakala lelaki pula orang pertama yang akan dipanggil ialah nama yang bermula dengan Muhammad.


Jadi alhamdulillah nama aku de Nur, harap terbuka pintu hati aku tuk ikut makna nama aku sendir...tinggi dalam segalanya, nama, belajar, kerja.. so, tolong doakan saya dengan panggil saya *Alia*...


..................................www.ladyleaya.com..................................








P/s: di cop cengeh baru2 ni, hate it, hanya luah pe rasa dari cakap belakang.hurm...

Sunday, January 10, 2010

Proud with my friends

Cerita by Lady Leaya at 12:25 AM
Some of my friends masa kat Uitm Perak dulu, memang tip top famous kat batch kitorg, especially bila de event. and now bila further study, dowg bawa langkah masing-masing xjoin aku tuk further study kat Uitm Shah Alam.

Anyway, yang bestnya, walaupun xfurther study, seme agak berkerjaya...see diz pic, the simple pelamin tu lawa kan? dengar member aku, Lee yang decorated tukk wedding abg dia..1st aku tengok pic ni, impressed gile sampai cakap wow...simple but nice..

And lagi sorang member aku, Shahrul yang jadi photographer, pun mmg talented. Walaupun belajar dalam bidang landscape architecture, tp artistic talented y die de leh jadi photographer.. dari dulu aku try edit gbr dari die, xcapai2 gak..sikit2 je aku lehwat..tapi korang mmg best..tahniah u'alls...=)

by Leelola..

simple but nice kan?

meja makan beradab pun lawa..

bagi org kampung, ni yang paling penting, gambar org2 rewang...nice tul...

kawan-kawan yang hadir ke rumah lee tuk majlis belah lelaki..yang aku baru perasan, asal nama jaja diletak siti..huhu..sungguh comel..

old friends..lee n jaja..n anak dowg ker?takla..marah tunang jaja..hehe



more picture: click here




p/s: proud with them

Saturday, January 9, 2010

yang kita tak perasan..

Cerita by Lady Leaya at 12:01 AM


...................................www.ladyleaya.com...................................

Yang kita tak perasan...bila dalam kelas sebelum lecturer masuk mesti semua cceritakan hal yang terjadi malam sebelumnya..

Yang kita tak perasan...bila lecturer ajar mesti akan follow lecturer tu 15 minit je paling koman, den fikiran da melangut ke lain..

Yang kita tak perasan...bila lecturer cakap je habis kelas, dismiss, tapi lecturer xkuar lagi, mesti semua org wat2 baik, xnak bangun walhal perasaan nak balik tu jangan cakapla..

Yang kita tak perasan...bila de group discussion, 80% masa dihabiskan dengan bercakap bende tak berfaedah..

Yang kita tak perasan...semua orang akan fikir pe nak buat malam jumaat sebab ri ahad nak fikir submit assignment dah..

Yang kita tak perasan...

...................................www.ladyleaya.com...................................


welcome back kepada kawan-kawan yang berjaya bersama-sama meneruskan sem 5 di department of Landscape Architecture.

welcome back juga pada kawan-kawan yang baru datang dari UiTM Perak...all the best..bersama-sama mengharungi dunia.. 'student'




p/s: i luv myself

 

PLUMERIA obtusa Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez