Showing newest 6 of 8 posts from December 2009. Show older posts
Showing newest 6 of 8 posts from December 2009. Show older posts

Monday, December 28, 2009

Cuti yang menarik?

Cerita by Lady Leaya at 12:57 PM
cafe world ku..huhu

zoom in staff berhemah..

My avatar...rawk kan..hehe

...................................www.ladyleaya.com.................................

Cuti-cuti tade keje melainkan online sepanjang masa. Sebab dah pasang streamyx kat rumah, jadi aktiviti mengaktifkan cafe world aku semakin best.

Main game ni, agak addict sebab kene tunggu makanan tu masak berapa jam, n lau lambat t makanan tu basi...(rugi duit n masa tunggu lau dah basi..T.T)

Cube naikkan pointer cafe aku, see hasilnya, duit beratus-ratus ribu dan kedai yang dah didecorate. tak leh lawan gak de sorg lecturer aku men seme game, n level die mesti lebih dari aku..(huhu..jels3..T.T)

Main sepuasnya, dan nila keje aku lau online, tade wat keje len, selain update blog dan update cafe aku. So sape2 yang de gift menarik, tolong bagi yeh..hehe...


...................................www.ladyleaya.com.................................





p/s: minggu depan da start kelas...men gune brudband agak lembab..huhu...

Sunday, December 27, 2009

2009 vs 2010

Cerita by Lady Leaya at 6:38 PM
25 Dicember 2009 | 1743 hour

Sekilas | 2009

Apa yang menarik sangat dengan 2009? sedar tak sedar lagi berapa hari je nak melangkah tahun 2010. Kadang-kadang tu tak perasan pun setahun dah berlalu, dengan cepatnya. Rasa baru semalam aku habiskan SPM aku, tetibe aku da habis diploma dan sekarang tengah sambung degree.

Kisah umur, kalau tengok cite pape je kat tv tu, umur 21 tahun dah kira matang bagi seseorang tu. tapi aku tak rasa pun. camne ek? Sebab nak kejar belajar habiskan cepat, tau2 dah habis 2009, pejam celik je. Tak perasan pun.

Kisah study, 2009 rasanya tahun URBAN tuk aku sebab setahun menghabiskan belajar Urban studies je (urban design & urban theory) tu jela yang aku tau, sebab memang setahun ni belajar je. aku pun xberapa igt sgt pe yang aku wat dalam setahun ni. cuma trip yang seronok2 je aku igt. Tempat pegi trip tahun ni, kl, melaka, shah alam, kuantan.

Kisah cinta, pun tak banyak mau ingat. yang manis, manisla, yang pahit, terlampau pahit sampai kene letak gula banyak tuk hilangkan pahit. sakit memang sakit. syg tetap syg. cewahh.. papepun hari2 yang aku lalui sepanjang 2009, if tade die, hidup aku really zero. tak leh nak wat pe. satu keje pun tak jalan. kesimpulan, alia=love. takleh pisah okeh?

Kisah kawan, ade kawan yang baik, ade kawan yang tak baik dan aku pun pernah jadi kawan yang tak baik dan mungkin bg orang aku memang tak baik. tapi tak pela. aku juz kawan. kawan-kawan yang ada amat baik bagi aku. cukup tuk aku kongsi suka lara jiwa hidup aku. so teruskan dengan kawan-kawan yang baik dan yang tak baik, nobody perfect.=)



Becoming | 2010

Bila start je 25 hb dicember, semua orang atau mana-mana je mesti sibuk dengan 2010. macam-macam post azam 2010, bye2 2009, dekat radio, tv semua pasal tahun baru. masa awal muharam hari tu tade pulak yang tanam azam baru kan? maybe ade, atau de yang tak perasan dah masuk muharam.

2010 mungkin tahun yang menarik tuk aku, macam-macam aku fikir tuk majukan diri sendiri. macam-macam aku bayangkan, walaupun aku tau de impian yang tak leh datang sekelip mata. yang penting cuma usaha yang gigih.

aku rasa aku tak pernah pun ada azam sebelum ni. ada pun hangat-hangat tahi ayam, sibuk belajar xperasan pun azam aku tak tercapai. tapi takpa. tuk kali ni, azam aku belajar sampai habis. habiskan cepat2 sebelum aku rasa boring belajar. semasa muda lagi. so t leh keje bagus2.heh.

azam tuk kisah love aku, aku harap hubungan kami lancar, tanpa gangguan orang lain lagi. tak mungkin jadi macam dulu atau kisah perit awal tahun ni. semua aku nak lupakan dan mula dengan hidup baru memandangkan kami makin bertolenrasi masa berbincang dan tiada isu lagi. aku pun dah malas nak gaduh. seyes penat. hepykan diri, hepykan relationship, dapat restu mak ayah pun dah cukup.

jadi itu saja kali ni. tak banyak mende menarik yang nak dikongsi melainkan kalau de kontroversi.hehe..





p/s: azam nak gemukkan badan leh?;p

Saturday, December 26, 2009

K a s i h

Cerita by Lady Leaya at 1:18 AM


Buatmu Ibu | Aeman

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu





p/s: mood tukar lagu..hehe

Friday, December 18, 2009

Blogging to UNBLOCK

Cerita by Lady Leaya at 11:23 PM
LadyLeaya | Putrajaya 2009


..........................................www.ladyleaya.com..........................................

Masa first time aku buat blog, didorong oleh beberapa orang kawan aku dan hobi aku menulis pasal aku kadang-kadang kat friendster and myspace. After aku delete myspace n friendster aku dulu, blogging jadi keje aku. Bukan pasal isu semasa atau pe, tapi pasal pendapat dan pandangan dan macam-macam yang aku lakukan atau aku alami dalam hidup aku.

Respond yang aku terima agak baik. Kira ada jugak yang sudi baca pasal aku kat blog aku ni. Tak kisah. Sebab tujuan aku buat blog bukan tuk tatapan aku sendiri, tapi tuk aku luah apa yang aku rasa. Masa mula-mula aku berblogging, aku follow ramai orang. Lepas tu aku start follow blog mana yang menarik je, yang boleh ajar aku tentang berblogging.

Dalam berblogging, aku masuk lak twitter. Mana users yang menarik, aku follow sebab dowg sentiasa tweet mengenai blog2 yang menarik, pasal kehidupan, kartun, cara guna adobe photoshop, isu semasa, isu agama dll. Banyak bende yang aku belajar.

Ada blog yang pesan atau complain, biasa blogger dikalangan perempuan biasanya akan meluahkan rasa marah, mengutuk, mencaci dalam blog ni. Ada pendapat kata semua tu tak matang. Yes, once dulu aku camtu. sekarang pun ada sikit-sikit lagi.

Apa yang cuba aku sampaikan sini, blogging adalah bende simple dan mudah. Tempat tuk menulis. Takde sape nak halang. Takde sape nak saman (melainkan ianya mengancam negara!). Takde sape kisah. Blogging bende mudah yang cuba disampaikan oleh blogger dan boleh sesuka hati tuk menulis apa sahaja yang digemari oleh blogger. Tiada sekatan, Tiada halangan.

Dulu de gak kawan-kawan aku complain belakang aku, perlu ke semua benda nak cerita dalam blog biar satu dunia tahu. Jawapan aku simple, tak suke baca, jangan bukak. Jangan baca dan jangan cuba-cuba nak meneliti atau taip kat browser mengenai blog aku. Aku tak kisah. okeh? Mudah je, tak payah nak judge aku suke terabur cerita. At least ni cerita pasal aku.

Untuk memudahkan lagi blogger atau follower blog tu trace blog aku, aku tukar dari blogspot ke .com. lebih mudah. lebih menarik. lebih dikenali. Hanya bagi yang berminat mau baca. Dan pada yang lain, anda dialu-alukan tuk menjadi stalker di blog saya. Saya tak kisah. Jika anda tak berminat, boleh jauhkan diri dari blog. Simple bukan?


..........................................www.ladyleaya.com..........................................



p/s: hanya saya. dan saya.

ALAM 2009 | Tanya sama pokok

Cerita by Lady Leaya at 4:51 PM

ALAM (Assembly of Landscape Architecture Students Malaysia)
Location : UiTM Perak, Sri Iskandar


ALAM (Assembly of Landscape Architecture Students Malaysia) adalah program perhimpunan pelajar-pelajar senibina landskap Malaysia yang diadakan setiap tahun. ALAM yang dinaungi oleh ILAM (Institute of Landscape Architects Malaysia), menjadi landasan kepada para akademik bersama-sama berkumpul untuk berbincang dan merancang pelbagai isu berkaitan perkembangan dan proses memperkasakan bidang senibina landskap di Malaysia.

ALAM2009 kali ini bertemakan ‘
LANDSCAPE AS POETRY’ dengan pilihan lagu ‘TANYA SAMA POKOK’ sebagai rujukan kepada perancangan dan perlaksanaan setiap aktiviti yang terkandung. ALAM2009 akan dilangsungkan di Universiti Teknologi MARA Perak, Kampus Seri Iskandar sebagai lokasi penganjuran.

source : click here


..........................................xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxox......................................

Dah lama nak wat post pasal ni, tunggu gambar yang mahu diupload oleh kawan-kawan, tapi dapat sikit je. Anyway tak pe la. Apa yang de je aku letak. Atas ni serba ringkas mengenai apa itu ALAM dan source dari laman web Uitm Perak.

Macam yang aku maklum dalam post sebelum ni, & December sampai 10 December, aku akan ke perak sebgai sukarelawan. Kami, aku, linda, syu, ika n zai gerak 7hb pagi tu, linda drive, dalam kul 12 tengah hari kami sampai dan mendaftar kat sana.(miss perak..)

Banyak pembaharuan kat Uitm Perak, ada fakulti baru, downtown yang diupgrade, Pusat Islam ala-ala masjid negara. Masa daftar tu, kami mendaftar sebgai sukarelawan. Masa daftar dpt beg, tag, t-shirt, tentatif program, dan kipas. Semua bercopkan ALAM.

Agak menarik dan lagi tertarik dengan baju krew WARNA Republik. Sebab warna kelabu dan nampak smart.huhu..kalau leh nak satu ek..huhu

Tentatif program


Masa masuk bilik, ala-ala hotel. Mmgla hostel tu kami pernah duduk, kali ni disediakan dengan tikar ala-ala carpet, cadar siap selimut kaler pink, bunga atas meja n paper kosmo. Masa mula-mula masuk aku agak teruja gakla dengan service ni. Jimat tp nampak macam profesional.

Tentatif program, material card

Mula-mula lagi, kami sukarelawan ni agak terpinga-pinga tak tahu apa nak buat. Yela, apa tugas kami datang, de yang cakap kami ala-ala vip, datang tinjau2 je. Yeke? tengah hari kami pergi makan tengah hari, kami tanya krew, apa kene kami buat pr tolong, jawapan? sukahati...huhu.. Jadi dengan tak tahu nak wat pe, petang tu kami g mah Aida sekejap sebelum start ice breaking masa pukul 4.


Ice breaking | Semua Universiti yang de kos Landscape Architecture menyertai ALAM seperti tahun-tahun yang lepas berkumpul. Antaranya, UPM, UIA, UTM, Kolej-kolej komuniti dan lain-lain. Petang tu mereka dibahagi ikut kumpulan masing-masing untuk membuat bendera masing-masing.

Walaupun aktiviti di buat kat studio, tapi studio dihias dengan cara kreatif. 'Bubble' dilukis dilantai supaya peserta boleh duduk mengikiut kumpulan dan duduk dalam tu tanpa bersepah-sepah. Board-board final project part 6 sem lepas pun ditampal di dinding. Majoriti board my friends. Tahniah, kerja korang mmg best..=)

Ice breaking: duduk dalam bubble

Upacara Perasmian | Waktu malam lak, upacara perasmian ALAM 2009. tema pakaian, melayu tradisional. Serius kami yang sukarelawan ni tak tahu langsung pun pasal tema ni. Yang kami tahu, tema korporat. Jadi sehelai baju kurung pun kami tak bawa. Agak memalukan dan dengan muka slumber, kami pakai je baju yang de.

Geram gak bila tak tahu apa yang patut kami pakai. Tapi atas consider faham dengan kesibukan dwg yang handle ALAM, kami buat tak tahu je. Opening malam tu pun agak grand. Mantan Persatuan arkitek Malaysia (AILA) datang membuat perasmian.

Opening oleh para artis budaya dari Uitm Perak

Sewaktu pengenalan tema ALAM 2009 | Tanya sama pokok

Wakil dari setiap Universiti diberikan cenderahati pada malam perasmian


Pembinaan Public Art: Refleksi ALAM 2009 | Aktiviti ni ialah aktiviti memacak payung di tebing padang C Uitm Perak. Kayu buluh di susun mengikut ukuran lebih 200 meter dan lubang dibuat setiap kayu tersebut bagi memudahkan peserta memacakkan payung menjadikan susunan payung terpanjang dan membawa kepada Malaysia's Book of Record.

Hari yang panas, kerja-kerja dilakukan dengan cepat sebelum peserta beramai-ramai membuka payung secara serentak sebelum kepanjangan susunan payung diukur oleh wakil dari Malaysia's Book of Record. Hasil, payung sepanjang 213 meter (tak silap aku) berjaya disusun dan melayakkan kami mendapat sijil Malaysia's Book of Record.

Waktu mula-mula semua peserta pacak payung di buluh yang disediakan.

Progress yang hampir siap

Kesungguhan peserta

Payung mula di buka

Finally

Dam Ular Gergasi | Aktiviti yang menarik. Memang gergasi pun dam ular ni. made by hand saja, aktiviti antara kumpulan. Yang menarik, waktu hujan, krew dengan cepat edarkan baju hujan. serius kagum dengan persediaan dowg.huhu.

Dam ular gergasi, made by hand

Dadu besar. 2 orang wakil group tolong baling

Sukarelawan yang berpakaian baju hujan semasa hujan..huhu

Panjut buat Sang Puteri | Aktiviti membuat panjut pada sebelah petang sebelum waktu malam, panjut dinaiikan dengan menggunakan material plastik, lilin, dan dawai. Dengar kata, lebih 100 kali percubaan panjut dinaikkan sebelum ALAM bagi memastikan malam tersebut, kesemua panjut naik. Yang lucky hanya naik 2, 3 panjut je. Group kami pun naik gak tapi hanya separuh pastu jatuh dan terbakar.huhu.

Kami pun dapat panjut gak..=)

Ours...
Waktu menaikkan panjut

Pembentangan pertandingan antara deligasi IPT | Setiap Universiti diwajibkan menyediakan sebuah video sebelum datang ke ALAM ini. Video menarik yang aku dapat menarik perhatian Uitm Perak, Uitm Shah Alam. Yang lain aku tak sempat tengok sebab tolong pasang khemah bagi malam penutup.

khemah | bagi kami sukarelawan, agak bosan pada mula sebab kami tak tahu nak watpe. Patutnya kami seronok tak de kerja yang kami kene buat, tapi mengeluh tak sudah sebab tak de satu kerja pun kami leh wat. Akhirnya En Azrul minta tolong kami pasang kain kat khemah. Hahah..malam sebelum hari ketiga, kami gunting kain putih sebab tema malam penutup putih pink.

Khemah yang dipasang oleh kami

Undangan khas : Adibah Nor

Adibah Nor

Singer dari Artis Budaya Uitm Perak

Hampir penutup, persembahan ala-ala barbie doll

Kesemua artis budaya, krew2 ALAM 2009

Malam penutup | Agak grand dengan semua peserta pakai baju putih pink. Undangan astis Adibah Nor pun ada dalam persembahan yang kedua. Malam sebelum upacara start, hujan selbat-lebatnya. Kami agak risau, dengan keadaan stage y open basah, speaker, khemah, dan serangan serangga yang time ni la die nak datang. 8.30 hujan berhenti.

Pengarah kampus kata, hujan sebelum majlis maknanya majlis kita rahmat. Pemenang keseluruhan diemnagai oleh Uitm Perak walaupun ada desas desus yang tak puas hati, Uitm Perak layak menang sebab tahun lepas, walaupun bukan tuan rumah, Uitm Perak menang keseluruhan juga.

Alamo namanya, cenderahati sempena berakhir cerita Tanya sama pokok

Bersama artis budaya

Waktu majlis da habis, kisahbelakang pentas

Credit to them yang menjayakan ALAM 2009

Para sukarelawan dengan beberapa peserta dari Shah Alam

Si comel Alisya, anak En Izham sentiasa comel dan menarik perhatian walau g mana-mana majlis pun..coeml betul dak kecik nih...

Linda n Jaja

Di Red Carpet

K.a.M.I
From left: Syu, Linda, Ika, Shahidah, Me, Jaja, Zai, Yantie
Red Carpet

Kesimpulan | Ramai yang tak puas ati dengan kemenangan Uitm Perak, bagi aku, mereka layak menang..Tepuk dada tanya selera. Takkan dah menang dua hadiah, tapi Universiti lain pula yang menang. Mereka sendiri yang nilai video dan penyampaian terbaik.

Kreativiti Uitm Perak tak boleh disalahkan. Dwg sendiri tgk cemaner dwg present dan melambangkan U masing-masing. Pendapat aku, acara besar macam ni, antara U, nama pun delegasi. Patut prepare lah sebelum buat presentation. Jangan ingat cakap terus kat depan tanpa prepare atau hafal pe yang patut leh tarik minat judges.

Kritikan-kritikan yang menyalahkan Uitm Perak, agak kurang profesional. Kita berkumpul untuk mengenal antara U masing-masing, bukan bertikam lidah. act like adult. Tapi yang penting semua u best...

Pembayaran RM 150 pun berbaloi. Yela, kita dah peringkat U, mesti de yang cakap, wat ni membazir, wat tu membazir, tapi bygkan, kalaulah tentatif program dibuat dari kertas biasa je. bukan tak boleh, tapi boleh, tapi dpt bygkan tentatif ala-ala upacara kecemerlangan sekolah? Bukan tak boleh buat persembahan yang simple seperti zapin, tarian melayu yang lain, boleh. tapi tu zaman sekolah. kita peringkat U.

Kos yang artisitik, tak salah wat persembahan yang grand tapi berbaloi. bukan tak boleh penyanyi pakai baju kurung je, boleh. tapi nampak ke ke'grand' an majlis tersebut. bukan tak boleh kalau hadiah cenderahAti pakai hamper je, boleh, tapi nampak tak profesional tahap Universiti? Fikir2kan....






p/s: hanya memberi pendapat. suka baca. tak suka please leave.

Friday, December 11, 2009

Cameron Highlands | Kisah budak sekolah

Cerita by Lady Leaya at 2:17 PM
Lensa K850i


01/12/2009 - 03/12/2009
3 hari waktu-waktu bosan di rumah. Akhirnya Along ajak g Cameron Highlands ikut rombongan sekolah Along, S. K. Sungai Bumbun, Pulau Carey. Murid yang ikut dalam 30 orang, cikgu-cikgu pengiring hanya 3 orang, Along, Nuppy n Kak Linda. aku, Afiq n Aisyah ikut sebagai pengiring tambahan. hehehe..

0700, Cameron Highlands

Kanak-kanak riang...=)

My sis, aisyah n along

Malam gerak dalam pukul 11 malam, naik bas sekolah.. (waa dah lama xg rombongan sekolah).. Sampai kat Tapah dalam kul 2 pagi. Berhenti satu jam sebelum naik Cameron Highland, dengan jalan bengkang-bengkok tu. Arghh..penin kepala. Dala xbawa sweater tebal. ingatkan tak sejuk sangat. last dulu g Cameron, camping masa part 4 diploma, pergi panjat Gunung Berembun...

Kat KEA farm, shopping time..gile sejuk time ni..14 darjah celcius...pergh..hujan lak tuh

Dekat strawbery farm...

Dalam kul 6 lebih, sampai kat Cameron Highland. Sejuk pagi2 tu...pakai selipar je lak tu. Konfiden kan. hahah.. Pagi tu pergi ke taman bunga dulu, (biasa r trip2 sekolah rendah kan?nak g mana lagi..haha) pergi taman rama-rama, Kea farm, BOH Plantation, Taman cactus..(ada ke?) tak ingat sangat g mana. Tapi follow je dak2 sekolah. yang penting happy. Heheh.

Minum kat BOH Plantation

Hanging restaurant...best tau..tempat ni lawa gila..t nak wat satu post khas tuk tempat ni je..wait hahhh..

Barrat farm, waktu nak balik ni, budak2 ni jer rajin turun, pastu letih naik atas balik..haha

Hari last pergi MARDI..teringat masa camping dulu. Sejuk bukan maen tido dalam khemah. Masa tu pegang cerek panas pun tak rasa pape. Minum teh panas, pastu sibuk nak kuarkan asap dari mulut. Batak kan.haha.. Masa panjat gunung lak, aku rasa ni 1st time aku daki.. selain FRIM kat Kepong dulu masa sekolah. Tak de lak gambar-gambar dulu. Masa tu zaman tak de laptop lagi. jadi gbr pun takde simpan byk. yang penting dah sampai puncak Gunung Berembun tu...

MARDI, suh lompat..hehe





p/s : minggu-minggu merayau
 

PLUMERIA obtusa Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez