Hari ni, dalam kul 12, mama dah sampai umah sebab de mesyuarat dekat S.K. Sijangkang... jadi GB mama benarkan mama lik umah terus je.. hehe... tetiba, dengar bunyi motor posmen datang, aku pergi depan, amik surat. Ada satu surat yang besar, aku tengok atas tulis,
"Urusan Seri Paduka Baginda"
kepada: Muhammad Afiq bin Abdul Rashid.. (bla..bla..bla..)
Dekat bawah tu lak, ada cop Sekolah Berasrama Penuh... (????)
Dalam agak excited, aku terus lari kat mama, mama tus bukak surat tu... Agak nak gelak gak sebab adik aku ditawarkan masuk sekolah berasrama penuh... gembira tak terkata.. Asrama penuh Sekolah Alam Shah, precint 1, Putrajaya lak tu,... antara sekolah yang terbaik We' aku cakap...
Dalam kul satu sengah, adik aku balik dari sekolah, mama amik dia kat depan.. dan reaksi dia,
"Afiq tak nak pergi!" sambil tersengih2...
haha... lawak tul... alasan malu kalau pergi seminggu je.. dah tu wat pe nak g seminggu je, duk jela situ.. haha.. aku tak habis2 mengusik adik aku.. kalau aku yang dapat, confirm memang kene pergi, tapi bukan rezeki aku, aku xdapat pun..
kesimpulannya, adik aku still sambung belajar tapi dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang yang tercinta..haha.. sekolah yang makin banyak kontroversi sekarang..tak faham aku.. mana nilai cikgu sekarang? murah sungguh.. (maaf tak dapat dinyatakan kontroversi sbb takut jadi kontroversi lak blog aku ni..haha)
p/s: Afiq mesti menjerit sebab aku masukkan post ni..haha..


