Friday, June 25, 2010

Drama h i d u p

Cerita by Lady Leaya at 12:06 AM
"Crying is a means of cleaning yourself out emotionally. The only way to express yourself when words fail. -Aristotle"

* d r a m a *


Setiap kali saya menonton drama di dalam tv ataupun di panggung wayang ataupun di cd ataupun dvd ataupun video yang didownload. Atau lebih senang dieertikan  dengan mana-mana pelakon yang ada pengarah serta penerbit yang mampu menghasilkan drama dengan hebat sehingga berjaya membuat sesiapa saja yang menonton timbul perasaan yang bercampur baur seperti marah ,sedih, kecewa, marahkan pelakon tak tentu sudah.



Drama yang paling berkesan apabila watak yang dibawa oleh pelakon menjadi terutama watak jahat yang mana penonton boleh mengkritik dan membenci pelakon tersebit. Watak yang sedih, yang kecewa dalam hidup, yang mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang mudah terharu.



Drama yang paling saya benci, apabila melihat pelakon, mudah menitiskan air mata, kecewa dengan dugaan hidup yang hanya mengikut skrip, malakonkan watak dengan jaya. Yang membencikan saya, mereka hanya pelakon, yang realitinya, mereka bukan dalam cerita sedih itu, mungkin ada satu dalam seratus yang mengalami nasib seperti yang di lakonkan, tapi pelakon-pelakon yang berjaya menitiskan air mata, mereka hanya berlakon.



Bila, director kata, cut, mereka berhenti, mungkin selepas berlakon mereka pergi berhibur atau sebaliknya. Hakikatnya, mereka hanya berlakon.. Yang untung mereka tak mungkin mengalami kesedihan sepanjang hayat seperti dalam cerita-cerita atau drama yang berunsur sedih kecewa.



Saya. Saya kene hadapi realiti dunia yang saya mesti lalui setiap saat dalam hidup saya. Saya perlu melalui nya tak kira besar mana dugaan yang tuhan bagi pada saya. Saya belajar untuk redha menerima segalanya. Namun saya masih lagi tak kuat. Saya kene menjadi 'pelakon' dalam 'drama' yang saya cipta sendiri. Ending cerita saya, tak siapa yang tahu melainkan doa yang saya mohon kepada Tuhan tiap-tiap hari dan takdir dari ilahi.




p/s: Drama hidup saya. 

Tuesday, June 22, 2010

Pengalaman

Cerita by Lady Leaya at 12:43 AM
.ini uniform saya.

Hari berehat.

Ya. Akhirnya selepas berhempas pulas belajar selama satu sem berada di semester lima, cuti yang dinantikan oleh semua pelajar UiTM. Cuti semester dua bulan yang terlampau panjang untuk dihabiskan bagi orang seperti saya. Untuk menghalang perasaan kacau-bilau menghantui saya, saya terpaksa mencari kerja 'part-time'. Berhenti cerita pasal saya. Saya mahu post tentang pengalaman saya.


Lebih selesa kalau saya katakan, saya dapat kerja di salah satu kedai kain yang agak terkenal. Entah cemana saya pun tak pasti dengan kegigihan yang saya lalui. Sebab kali terakhir saya bekerja, selepas Spm. Itu pun atas supervisor abang saya. Tapi demi melalui hari-hari yang perit dalam hidup saya, saya gagahkan jua kaki saya, cuba berdrama di kedai ini.


Keje yang boleh buat sesiapa yang tak tahan mental dan fizikal, menangis. Ye, memang saya hampir menangis dengan kepenatan kaki yang gagah berdiri selama hampir 12 jam. Kami selalu di puji dengan kekuatan kaki kami yang gigihke hulu hilir berjalan tanpa duduk kecuali waktu solat. Serius sangat penat.


Tapi pengalaman yang saya dapat, amat saya hargai. Saya kenal macam ragam jenis orang, pelanggan, bos, kawan, dan diri saya sendiri. Saya dapat nilai ketahanan mental dan fizikal saya. Malang. saya lemah sebab saya hanya mampu bertahan sebulan.


Saya ingat lagi kata-kata bos saya, "tak siapa kat dunia pandai atau bijak, walaupun dia seorang saintis, dia tak tahu langsung pasal jenis kain". ya, saya akui, kerja die kedai terkemuka ni, ajar saya tentang jenis-jenis kain yang sebelum saya tak pernah nak amik tahu langsung. Saya belajar bercakap tak henti mem'bodek'para pelanggan agar membeli kain walaupun mereka tiada duit. Saya belajar sesuatu yang lagi penting, tawar-menawar di kedai kain ini.


Banyak rahsia yang saya belajar dalam selok-belok perniagaan. Saya suka sangat ilmu yang saya dapat di sini cuma saya tak dapat tahan kekuatan fizikal dan mental saya. saya tak larat nak hadapi dugaan dan pressure dari bos saya. Ya, saya selalu kene marah dengan benda-benda yang tak ada kene mengena dengan saya. Sigh. Maaf bos, saya dah buat yang terbaik.:)


Saya jumpa ramai kawan, saya suka sebab saya tak ramai kawan dari yang kecil hingga yang besar. Even ada yang umur bawah dari saya, saya rasa mereka lagi matured dari saya dan yang paling kelakar bila orang panggil saya kakak, dengan keadaan badan saya yang kecil dari mereka ini. Heh.


Saya ada pelanggan yang kenal nama saya walaupun dah dua kali beliau datang ke kedai ini. saya suka. Sebab orang akan ingat layanan saya. Yang paling saya ingat, hari biasa semua pekerja sibuk 'study' nama, jenis kain dan kedudukan kain, harga yang boleh ditawar dan beberapa aspek lain. Sebab? Sebab ada 'test'!... Saya memang amat terkejut dengan kegigihan sesetengah pekerja, ke hulu-hilir mabawa nota kecil, belajar dari yang lebih senior tentang jenis kain. Hampir tergelak bila saya kenangkan semua.


Saya memang respect pekerja yang lebih senior, outstation dari Kuala Lumpur, saya suka lihat cara mereka membodek customer. Saya lihat cara mereka, kerja tanpa rasa penat, macam dah sebati sangat dengan kerja ini sedangkan saya yang baru dua minggu tak sudah menigira hari mahu berhenti. Paling seronok saya lihat mereka, mulut manis sampai customer akan beli walaupun tiada duit.


Pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila. Memang penat, pressure dengan gaya bos yang menyakitkan hati, tapi saya belajar sesuatu, sebab saya suka dapat tahu sesuatu yang saya belum tahu sebelum ni, dan  gaji yang agak lumayan. Sempat saya kerling gaji pekerja yang lain, ada yang cecah 2k. Dan mereka memang rajin dan bukan malas macam saya. heh. :)




p/s: Saya belajar bahasa keempat. Hehe.

saya selalu.

Cerita by Lady Leaya at 12:09 AM
www.ladyleaya.com


Saya selalu.

Mengaharapkan hari-hari saya berlalu dengan baik. Saya dah tak larat nak menanggung derita dan air mata sebagai peneman malah hari. Sungguh saya dah tak larat. Saya hanya mampu berdoa. saya cuma mahu apa yang saya mahu dalam hidup saya. Biarlah apa nak jadi. Sebab ini saja cara saya boleh teruskan hidup saya.

Saya selalu.





p/s: i'm getting crazy.

Saturday, May 22, 2010

Lirik Lagu Blog Saya

Cerita by Lady Leaya at 2:15 AM
Suatu yang indah

Ceritanya bermula semalam

Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki

Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup

Hari demi hari pun berlalu

Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah

doaku padamu Tuhan

Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan

Kecewa datang dan pergi

Tinggalku sendiri

Ditakdirkan aku syukur selalu

Sesungguhnya aku tahu

Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti

Dapat ku temui

Penawar dukaku yang berdarah duka

Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu

Laguku untukmu buat selamanya

Saya dalam k e n a n g a n

Cerita by Lady Leaya at 1:54 AM
2+2=5 April 2003

Hati.


Baru-baru ini saya amat busy dengan persekitaran saya. Saya sibuk mencari duit lebih dan mengadap benda-benda yang wat saya meluat dan sakit hati. Namun saya percaya, tiap apa yang Tuhan bagi pada saya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Cuma masa yang saya lalui, samada tabah atau tidak tuk terima kententuan dariNya.


Baru saja berblogwalking, ada satu blog yang saya amat suka 'stalker' (sebab saya suka gaya penulisan dia okeh?). Baru-baru ni saya hanya sempat tuk baca update dari blog yang saya minati. Kebetulan tajuk blog ni amat menarik. Matematik orang bercinta. (sila klik di sini untuk baca). Secara ringkas bila orang bercinta mula mengihtung hari tarikh perhubungan masing-masing.


Once, saya memang suka memperingati hari-hari penting dalam hidup saya. Semua saya catat biar saya tidak lupa kenangan yang saya cipta satu persatu. Bila tarikh berkenalan, bila tarikh berjumpa, bila tarikh bercinta, dan paling perit, bila tarikh mengakhirinya. Bila saya baca blog ni, buat saya terfikir, alangkah baiknya jika 8 tahun yang lepas saya tak pernah menghitung hari-hari bahagia saya. Saya tak catat hari-hari dan tarikh keramat dalam hidup saya. Alangkah baiknya.


Sebab apa yang jadi pada saya, saya terlampau teringatkan tarikh-tarikh yang saya hitung satu persatu, hari berhari-hari. Saya sedih. Saya mengaku. Saya mampu tuk jadi gila. Mampu tuk duduk seorang dan termenung walaupun berhari-hari tanpa makan atau jamah perut. Saya memang mampu semua kerana saya mengingati hari-hari dan kenangan-kenangan yang saya cipta sendiri.


Betul juga kata blogger ni, kenapa tak saya bilang tarikh keramat saya menjadi seorang isteri kepada sesiapa yang ianya mungkin jodoh saya. Bukankah tu yang lagi. penting. Sayang seribu kali sayang. Kalaulah saya dapat kembalikan masa, kalaulah saya diberi kuasa untuk ubah masa, saya mahu yang terbaik dalam kehidupan saya. Saya mahu perbetulkan kesalahan yang saya buat.


Kenangan, mungkin manis. Mungkin pahit. Mungkin tawar. Hanya masa yang menentukan. Bukan selalu manis, bukan selalu pahit, bukan selalu tawar. Kenangan kadang-kadang buat kita tersenyum seketika bila kita di masa bahagia, kenangan kadang-kadang berjaya menitiskan air mata kita bila kita di masa duka. Semua hanya kenangan.


Orang kata pandang ke depan. Jangan pandang ke belakang. Yang sudah-sudah. Yang jadi-jadi. Tapi apa jadi kalau yang sudah itu terjadi aatas apa yang kita mahu. Yang kita inginkan selama ni tapi tak tercapai? Tak dapat apa yang kita mahu gapai selama ni. Jawapannya, kecewa.


Mungkin satu  hari nanti saya tiada lagi tuk menulis kenangan saya di dalam blog sedangkan niat saya berblogging tuk saya mengingati setiap saat kegembiraan dalam hati saya. Namun sekarang ianya hanya duka yang makin wat saya parah. Saya kene kuat. Sebab saya makin parah. Saya kene hadapi takdir dengan redha. Hanya doa dan air mata peneman saya.




p/s: Allah tabahkan hati saya.

Wednesday, May 5, 2010

Salah ke?

Cerita by Lady Leaya at 1:05 AM
.LadyLeaya.

.......................luahan.hati.......................
Macam-macam yang jadi sepanjang bulan ni. Saya rasa amat give up dalam menjalani kehidupan saya. Ramai yang nasihat saya itu ini. Saya tahu semuanya kebaikan hanya untuk saya. Tapi hati saya, siapa yang tahu? Hanya Tuhan yang tahu. Sebab tiap-tiap hari saya merintih menangis depan Dia. Hanya Dia yang tolong saya ketika ini. Masa nila saya rasa saya terlampau jahil dengan duniawi.

Apa yang jadi semua ada hikmah bukan? saya hanya doakan ada hikmah yang terbaik jadi pada saya. Saya dah tak larat menanggung dugaan yang tak sudah-sudah. Saya janji pada diri saya, saya tak akan menangis lagi. Tapi hati saya tak kuat. Kadang-kadang saya menagis, hanya untuk legakan hati. 

Macam saya cakap, dalam hati saya hanya Tuhan yang faham. Macam mana saya nak luahkan, semua orang tak akan faham sebab ianya diri saya dan tak berlaku pada sesiapa. Tolonglah kasihan pada hati kecil saya. Bagi saya peluang tuk bernafas semula. Sebab saya hanya berpura-pura senyum tuk menjaga hati semua orang.

Saya manusia biasa, lemah. Tak ada yang sempurna. Saya cuma mengharapakan yang terbaik. Itu doa saya. Doa yang saya rintih tiap2 malam sebelum tidur. Saya harap Tuhan makbulkan doa saya. Biarlah semua berlaku. Kalau la semua ni mimpi, saya mahu bangun cepat dari mimpi saya sebab saya dah tidur terlalu lama tuk hadapi semua ni.

Tapi malang, semua ni kenyataan yang saya kene tempuh. Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan. Masa tak kan boleh berpatah lik. Sebab saya adalah saya. Saya tak boleh lari dari semua ni. Dan saya kene tempuh satu persatu. Tuhan tolong saya. Saya nampak impaknya bila keadaan semakin pulih. Cuma saya harap yang terbaik jadi pada saya, impian saya.
.......................luahan.hati.......................

Sekilas, bila saya lihat ada pasangan yang gaduh, bertengkar kerana hal kecil, mahu saja saya tegur, hanya kerana hal kecil, kenapa tak mahu bincang elok2...jangan jadi macam saya.menyesal tak sudah dengan apa yang berlaku. Pasti akan merindui setiap saat yang datang dalam minda dan fikiran saya. Laju saya fikir, kenapa egonya saya sehinggakan keadaan jadi begini. Hargailah orang yang anda sayang. Kelak tak mungkin kembali.



p/s: saya hanya mahu bahagia. tolong lah restu jalan yang saya pilih....

 

PLUMERIA obtusa Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez